LAZZ Susu Kambing Untuk Anak

Selasa, 29 November 2016

4 Makanan Yang Tidak Sihat Untuk Anak



Seringkali gula menjadi satu- satunya makanan yang akan dipersalahkan kerana menjadikan anak- anak aktif dan sukar di kawal. Namun tahukah anda, makanan lain juga memberikan kesan buruk kepada kelakuan anak- anak syurga kita. Antaranya ialah :

1. Pewarna tiruan (Pewarna Makanan)


Tidak ramai yang tahu pewarna tiruan mempunyai perkaitan yang rapat dengan ADHD, hyperactive dan perubahan tabiat. Kebanyakkan ibubapa terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata- mata. Hati- hati dengan kehadiran pewarna tiruan ini yang selalunya tersembunyi di dalam sebuku roti, susu kultur dan biskut.

2. Gula (Bahaya Gula)


Gula apabila diambil melebihi paras yang normal akan menyebabkan kanak kanak menjadi terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan jangka panjang seperti diabetis, obesiti dan sebagainya.

3. Bahan Pengawet 
(MSG Dalam Makanan)


Bahan pengawet terdapat banyak di dalam makanan berproses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku. Perlu diketahui pemakanan yang kaya dengan makanan berproses berkait rapat dengan tekanan perasaan, perkembangan terbantut dan masalah tidur pada anak.

Bahan pengawet seperti formalin, kalsium benzoat, sulfur dioksida, kalium asetat, asam sorbat digunakan secara meluas terutama dalam makanan ringan kanak- kanak. Jadi ibu- ibu tolong bagi perhatian pada apa yang anak anda makan.

4. Bahan Perasa


Jika anak anda suka makanan ringan, fast food maka kemungkinan besar anak anda telah memakan sejumlah MSG yang tinggi. MSG, atau monosodium glutamat adalah penyedap makanan yang telah digunakan di seluruh dunia. Namun, mengambil MSG dalam jumlah berlebihan dapat merosakkan kesihatan anak anda. Ia boleh menyebabkan sakit kepala dan hyperactive kepada kanak kanak.

Jadi pastikan setiap makanan yang dimakan oleh anak tidak mengandungi 4 item di atas dengan kerap. Kurangkan atau tidak diberi lansung lagi bagus. Bertukarlah kepada SAJIAN sihat dan kalau boleh biarlah hidangan dari ibu tersayang.


Pilihan Ibu Bapa Masa Kini
Jom Amalkan  LAZZ Asli Untuk Kesihatan Si Manja Anda

Pertanyaan / Tempahan :
SMS | WA taip "LAZZ" ke 016 3434 312

HOME  DELIVERY TANPA  CAJ COD
Kawasan Lembah  Klang | Cheras | Kajang  | Bangi | Balakong | Sri Kembangan | Bandar Tun  Hussein Onn | Bandar  Tun Razak | Sekitarnya


Ikuti kami di media sosial berikut:




Tiada ulasan:

Catat Ulasan